Wednesday, February 26, 2014

KEK PISANG LEMBAP YANG MUDAH Sumber:http://ovenkecil.blogspot.com Bahan-bahan: 4 biji pisang emas/awak-lecek (I used 5 biji pisang berangan) 1 cawan gula pasir 1 cawan minyak masak 4 biji telur gred A 11/2 cawan tepung gandum* 1 sudu teh baking powder* 1 sudu teh soda bikarbonat* (*ayak bersama) 1 sudu besar air limau nipis (I gantikan dengan cuka masakan) 1 sudu teh esen pisang/ esen vanilla Cara-cara: 1. Panaskan oven pada suhu 185C api atas bawah. 2. Sediakan loyang 4 segi. Lenser dengan margerin dan alas kertas minyak. 3. Kisar gula, telur, minyak di dalam 'blender' hingga putih(3-5 minit). 4. Tuang ke dalam mangkuk. Masukkan bahan ayak dan kacau rata dengan senduk. 5. Masukkan pisang, esen dan air limau. Gaul sebati. 6. Tuang adunan ke dalam loyang. Bakar di dalam oven selama 45 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya. NOTA NADZ: • Kek ni memang lembap dan lembut je. Mungkin kerana penggunaan jus limau nipis(Nadz gantikan dengan cuka masakan) di dalam resepi. Alaaa...macam kek red velvet tu. Kan guna cuka juga dalam resepinya. • Nadz guna loyang segi 4 berukuran 7" X 7" sebab nak nampak kek ni tebal. Boleh je nak guna loyang 8" X 8". • Tuan punya resepi bagi nama kek pisang mudah mungkin kerana tak perlu guna mixer untuk mengadun kek sebaliknya menggunakan blender/ pengisar saja.